tender2u
Lost Password
No account yet? Register
  

Welcome to tender2u


FAQ

Maklumat am

S:Apakah faedah perkhidmatan T2U untuk syarikat saya?

Mendapat maklumat terkini mengenai tawaran panggilan tender daripada semua kementerian, agensi kerajaan, badan berkanun serta sektor korporat swasta.

Menerima segala maklumat tersebut mengikut bidang-bidang yang dikehendaki oleh syarikat anda.

Menjimatkan syarikat anda dari segi masa untuk membuat carian, kos yang rendah serta memastikan tiada peluang terlepas daripada pengetahuan syarikat anda.





Maklumat dibekalkan mengikut pilihan syarikat anda iaitu emel, sms atau kunci masuk (log in).

S:Bagaimakah saya hendak mendapatkan perkhidmatan T2U?

Cara-cara mudah yang perlu boleh anda lakukan iaitu:





Cara Pertama : Laman Khas
Melawat laman www.tender2u.com.my yang baru dan isi ruang pendaftaran.

Cara Kedua : SMS
Taip On JOIN T2U dan hantar ke 32886. Bagi pelanggan baru, tiada kos dikenakan melainkan kos pendaftaran sekali seumur hidup untuk RM5.00.

Cara Ketiga : Borang pendaftaran boleh didapati di

Ep-shoppe ePerolehan

Pegawai khidmat pelanggan kami (faks)

Kesemua cawangan pejabat PKK (Pusat Khidmat Kontraktor) di Malaysia.

Kesemua Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di Malaysia

Ibupejabat JKR dan Pejabat Negeri

Ibupejabat JPS dan Pejabat Negeri

Ibupejabat Kementerian Pendidikan dan pejabat Negeri

Ibupejabat Kementerian Kesihatan dan Pejabat Negeri

Ibupejabat Kementerian Pertanian dan Pejabat Negeri

Lain-lain pejabat Kerajaan termasuk MARA

Pertubuhan Swasta termasuk KWSP, BMMB dll





S:Bolehkah saya membeli dokumen tender dari anda?

Buat masa kini, kami tidak dibenarkan untuk menjual dokumen-dokumen tender kerana anda perlu mengemukakan dokumen-dokumen tertentu (seperti sijil pendaftaran dll) kepada pemilik projek sebelum dibenarkan membeli dokumen-dokumen tersebut.

S:Apakah perkhidmatan T2U ini untuk syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sahaja?

Tidak, perkhidmatan ini terbuka kepada semua syarikat atau orang perseorangan.

S:Bolehkah saya mendapat maklumat tender antarabangsa?

Buat masa kini, maklumat ini tidak terdapat dalam sistem kami, tetapi kami sedang mewujudkan kerjasama untuk memperolehi tender dari luar Negara.



S:Berapakah jumlah tender yang terdapat dalam sistem anda?

Setakat ini, terdapat sejumlah 35,000 tender dan notis perolehan dari pelbagai bidang, sektor dan industri yang dikumpul sejak November 2003.

S:Dari manakah anda memperolehi tender-tender anda? Apakah sumber anda?

Kami mengumpul maklumat tender dari suratkhabar, melalui siaran internet, papan kenyataan dan rangkaian pemilik projek.

S:Bolehkah saya membeli maklumat tender daripada T2U?

Ya.

S:Adakah maklumat tender yang dibekalkan menggunakan Bahasa Malaysia sahaja?

Untuk Fasa Pertama, hanya model Bahasa Malaysia sahaja yang ditawarkan.

Maklumat ahli

S:Jika saya berminat untuk berdaftar dengan Tender2u, bagaimanakah caranya?

Anda boleh berdaftar secara atas talian di http://www.tender2u.com.my atau bolehlah hubungi commerce access sdn bhd ditalian 03-7787 9715/9711/9714 .



S:Semasa tempoh langganan, bolehkah saya menukar pakej saya? (Misalnya dari kunci masuk (login) ke sms?)

Tentu sekali boleh. Sila hubungi pegawai pelanggan mesra kami dan kami akan uruskannya.

S:Bolehkah saya melanggan untuk pakej satu bulan?
Buat masa kini, kami tidak menawarkan pakej sebulan. Pakej minima kami adalah untuk tiga bulan.

S:Apakah jenis pakej langganan yang sedia ada?

Anda boleh memilih untuk menerima maklumat tender melalui EMEL, SMS, KUNCI MASUK (LOGIN) ataupun kombinasi pilihan ini. Sekiranya anda biasa dengan penggunaan internet, anda boleh melanggani pakej KUNCI MASUK (LOGIN) sahaja dan memasuki laman web kami setiap hari untuk memperolehi maklumat tender.

S:Apakah kaedah bayaran anda?

Anda boleh hantarkan cek, wang kiriman dan bank draf atas nama Commerce Access Sdn Bhd kepada kami. Akaun anda akan diaktifkan sebaik sahaja cek dijelaskan.

Untuk pengaktifan akaun segera, anda boleh Debit Terus ke dalam mana-mana cawangan Maybank di Malaysia (No. Akaun: 514301122359) dan fakskan slip simpanan anda kepada kami.

Sekiranya anda membayar melalui Maybank2U, sila emel atau fakskan penyataan urusan kepada kami.
S:Adakah anda menerima pembayaran melalui kad kredit?

Kami di tender2u sentiasa peka dengan kehendak pelanggan-pelanggan kami oleh itu pembayaran melalui kad kredit dijangka aktif pada akhir bulan ini untuk kemudahan anda.

S:Saya telah membayar secara Debit Terus tetapi tidak dapat memasuki sistem anda. Apakah masalahnya?

Sekiranya anda telah membayar secara Debit Terus ke dalam akaun Maybank kami, sila fakskan slip simpanan kepada kami. Akaun anda akan diaktifkan sebaik sahaja kami menerima pengesahan pembayaran.



 

 

 



                          Info Terkini

    TODAY

    Friday
    03 Sep 2010

    7:02 PM

    TENDER UPDATE
    Tenders online as at :
    3 September 2010
    Posted Today :45
    Opened :350
    Closed :38569
    Total :38937
     
     

Newsletter

  • Newsletter
  • Copyright

    • Satu kerjasama diantara commerce access dan commerce dot com sdn bhd

    This site uses valid HTML and CSS. Compatible with all major browser.